Hari Penyampaian
Hadiah
Pada hari Khamis
yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu majlis, iaitu Hari Penyampaian
Hadiah. Majlis ini diadakan untuk menghargai pencapaian cemerlang para pelajar
sama ada dalam kurikulum mahupun dalam kokurikulum. Majlis ini telah
berlangsung di dewan sekolah.
Kira-kira jam 800 pagi, ibu bapa
dan para jemputan mula memenuhi dewan. Majlis dimulakan tepat jam 8.15 pagi.
Pegawai Pendidikan Daerah telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau memuji pencapaian cemerlang para
pelajar.
Acara yang ditunggu-tunggu pun
tiba iaitu majlis penyampaian hadiah. Para pelajar yang cemerlang dalam bidang
tertentu naik ke pentas untuk menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar
. Para pelajar gembira menerima hadiah masing-masing.Majlis tamat pada pukul
12.00 tengah hari. Sebelum bersurai ibu bapa dan tetamu dihidangi jamuan
ringan.
Soalan pemahaman :
1. Bilakah hari penyampaian hadiah diadakan ?
2. Siapakah yang merasmikan majlis tersebut ?
3. Bagaimanakah keadaan tersebut ?
bahan yang menarik
BalasPadam