Ahad, 2 Disember 2012

Baca dan Jawab

B1DT1E2

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Kelas : 2 Bestari
Masa : 8.15 - 9.15 pagi

Tatabahasa  : kata hubung

BBM  : kad gambar



Selasa, 27 November 2012

Pantun Teka-Teki

B2D2E3






Pantun teka-teki.



Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang jemurkan pala,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa ekor di kepala? 


klik untuk jawapan: 


Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan padi,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa bertanduk di kaki

klik untuk jawapan: 



Jikalau tuan tajuk cendana,
Ambil gantang sukatkan pulut,
Jikalau tuan bijak laksana,
Binatang apa tanduk di mulut. 

klik untuk jawapan: 

Isnin, 26 November 2012

Ahad, 25 November 2012

Sabtu, 24 November 2012

MASAK CILI API

B2DL2E2

Ketam masak lemak cili api.


-Set induksi  tentang gambar ketam masak cili api.



Membaca petikan yang diberikan.


Mengesan beberapa tatabahasa dalam petikan.


Berikut adalah contoh :-


Jumaat, 23 November 2012

Pameran Makanan

B2DL2E3

Mata Pelajaran  : Bahasa Melayu
Masa  : 7.45 - 8.45 pagi
Kelas  : 2 Mawar
Tajuk  : Iklan 
Tatabahasa  :  kata nama khas.




Rabu, 21 November 2012

Bangau Oh Bangau

B2DL2E2







Lirik Lagu Bangau Oh Bangau
Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus?
Macam mana aku tak kurus
Ikan tak mahu timbul
Ikan tak mahu timbul.
Ikan oh ikan
Kenapa engkau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat
Rumput panjang sangat.
Rumput oh rumput
Kenapa engkau panjang?
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku
Kerbau tak makan aku.
Kerbau oh kerbau,
Kenapa tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit
Perut aku sakit.
Perut oh perut,
Kenapa engkau sakit?
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah
Makan nasi mentah.
Nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah?
Macam mana aku tak mentah
Api tak mahu menyala
Api tak mahu menyala.
Api oh api,
Kenapa engkau tak mahu menyala?
Macam mana aku nak menyala
Kayu api basah
Kayu api basah.
Kayu oh kayu,
Kenapa engkau basah?
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku
Hujan timpa aku.
Hujan oh hujan,
Kenapa timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa
Katak panggil aku
Katak panggil aku.
Katak oh katak
Kenapa panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku
Ular nak makan aku.
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.

Selasa, 20 November 2012

Telefon bimbit baru.

B3DB3E2
 Tajuk : Aku sebuah telefon bimbit.

 Tatabahasa  : kada hubung.

 Nota kata hubung  disini




Murid membaca petikan yang diberikan.


Isnin, 19 November 2012

Memahami peta

B2DL2E2

Tajuk  : Memahami bahan grafik.

Tatabahasa  : kata nama khas




Sabtu, 17 November 2012

Dusun datuk




Aktiviti :
1. Murid membaca petikan
2. Bersoal jawab tentang petikan.

Jumaat, 16 November 2012

kuih bahulu

B4DL2E3


 

Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran.

1.  Murid menonton video.

2.  Bercerita kembali perkara yang telah ditonton.

3.  Mengecam  beberapa  kata singkatan dalam perbualan.

4.  Menjawab  soalan pemahaman.


Khamis, 15 November 2012

Entri Khas (Maalhijrah 1434H)

B4DT2E3

Mata Pelajaran   : Bahasa Melayu
Kelas  : 2 Melor
Masa  : 9.15 - 10.15 pagi
Objektif  : Murid dapat memahami carta dan menjawab soalan.

1. Murid membaca petikan yang diberikan.
2. Perbincangan tentang petikan.
3. Menyoal kembali untuk pemahaman.
4. Soalan mudah  tentang petikan.




Rabu, 14 November 2012

Masak Kari Ayam

B3DT2E2


Mata Pelajaran  : Bahasa Melayu
Kelas  : 2 Kenanga
Masa  : 7.45 - 8.45 pagi
Tatabahasa  :  kata nama am




1. Set Induksi - menonton vedio
2. Perbincangan dan penerangan oleh guru
3. Murid membaca kembali  petikan dalam video yang diulang tayang.
4. Latihan dalam lembaran kerja.


Isnin, 12 November 2012

surat dari teman

B2DB2E1



Membaca petikan dengan intonasi yang  betul.


Untuk rujukan selanjutnya

Ahad, 11 November 2012

Rumah Kampung

B4DL2E3



Rumah Datuk

1.    Murid melihat slide gambar rumah.
2.    Penerangan dan perbincangan mengenai nama bahagian yang ditandakan.
3.    Murid menyebut dan mengeja bahagian yang ditanda.







Sabtu, 10 November 2012

Tatabahasa.




Kelas  :  2  Bestari
Masa  :   12.05 - 1.05 ptg
Tatabahasa   : Kata kerja
Objektif  : Diakhir pengajaran  dan  murid dapat  memahami konsep kata kerja.
BBM  :  audio-vedio, kad perkataan, kad gambar,


Set Induksi : menonton vedio.



Perkembangan menggunakan  kad gambar dan perkataan.







Jumaat, 9 November 2012

Cuti Sekolah

B3DT2E2

Tajuk : Berkelah di pantai.

Tatabahasa  :  kata hubung.

Nota kata hubung  :  rujuk di sini



1. Bercerita tentang berkelah di pantai berdasarkan :
- gambar
- pengalaman sendiri

Khamis, 8 November 2012

Mendeklimasi Sajak

B4DL3E3




Murid menghayati dan meniru gaya pembacaan sajak melalui vedio.

Rabu, 7 November 2012

Hari Penyampaian Hadiah


Hari Penyampaian Hadiah

      Pada hari Khamis yang lalu, sekolah saya telah mengadakan suatu majlis, iaitu Hari Penyampaian Hadiah. Majlis ini diadakan untuk menghargai pencapaian cemerlang para pelajar sama ada dalam kurikulum mahupun dalam kokurikulum. Majlis ini telah berlangsung di dewan sekolah.

       Kira-kira jam 800 pagi, ibu bapa dan para jemputan mula memenuhi dewan. Majlis dimulakan tepat jam 8.15 pagi. Pegawai Pendidikan Daerah telah memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan majlis tersebut. Dalam ucapannya, beliau memuji pencapaian cemerlang para pelajar.

       Acara yang ditunggu-tunggu pun tiba iaitu majlis penyampaian hadiah. Para pelajar yang cemerlang dalam bidang tertentu naik ke pentas untuk menerima hadiah. Hadiah disampaikan oleh Guru Besar . Para pelajar gembira menerima hadiah masing-masing.Majlis tamat pada pukul 12.00 tengah hari. Sebelum bersurai ibu bapa dan tetamu dihidangi jamuan ringan.



Soalan pemahaman :

1.  Bilakah hari penyampaian hadiah diadakan  ?

2.  Siapakah yang merasmikan majlis  tersebut  ?

3.  Bagaimanakah keadaan tersebut  ?

Selasa, 6 November 2012

Jamuan Akhir Tahun

B4DT2E2


Tajuk : Jamuan Akhir Tahun




Kata kerja merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan. Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan sebagainya. Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) dan kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Berbincang dengan murid tentang kata kerja yang terdapat dalam gambar.

Contoh : 









Isnin, 5 November 2012

Basikal

B4DT2E2


Contoh karangan basikal.


Aku Sebuah Basikal

         Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya,Selangor.

        Aku dihantar ke Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Kedai itu dikenali sebagai JIMMY SHOP SDN. BHD. Di sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu RM300.


        Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku. Dia membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin. 


         Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat bangga kerana dapat berkhidmat  kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap hari, aku dibersihkannya setelah digunakan.


          Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.





Ahad, 4 November 2012

Mee Udang Berasap

B4DT2E2

Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 2 Melor
Masa  : 12.05-1.05 petang.
Tajuk  : Mee udang berasap.




Ayah mengajak kami makan mee udang di Sungai Baru, Tanjung Piandang. Inilah kali pertama kami sekeluarga ke sana. Perjalanan dari Taman Selinsing Melati ke sana mengambil masa 45 minit. Perjalanan kami melalui jalan Kuala Gula melintasi jambatan Kuala Kurau. Pemandangan atas jambatan sungguh menarik. Terdapat pemandangan sangkar ikan, bot nelayan, rumah cina dipinggir sungai Kurau. Kini kami sampai di destinasi yang dituju. Ayah meminta mee udang campur ketam sebanyak 4 pinggan. Perkara yang paling menarik makan mee di sini ialah ia akan datang dengan mee yang berasap dan aroma yang cukup sedap. Anda boleh bayang betapa sedap mee udang sebagaimana dalam gambar. Saya cadangkan agar anda sendiri menikmati mee tersebut.


Jumaat, 2 November 2012

Kad Ucapan

B1DB1E2


2.5.1 Membaca dan memahami maklumat dalam bahan grafik dengan betul.



1. Perbincangan tentang petikan kad ucapan.
2. Murid membaca petikan.



Rabu, 31 Oktober 2012

Seni Lukisan Pasir.

B3DT2E2

Tajuk : Seni Lukisan Pasir.


1. Bersoal jawab tentang vedio yang telah ditonton
2. Murid bercerita tentang benda yang dilihat.




3. Guru membimbing murid membina ayat berdasarkan gambar petikan vedio.





4. Menyiapkan lembaran kerja.




Jumaat, 26 Oktober 2012

Membina Ayat Mudah

B3DT1E2


Membina ayat berdasarkan gambar.


 Contoh Oleh guru :
Ayah saya memiliki 3 buah basa sekolah.



 Contoh Oleh guru :
Saya dan abang ke sekolah menunggang basikal.



Contoh Oleh guru :
Datuk saya memiliki sebuah kereta antik.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...